Wednesday, 18 September 2013

" Bittaufiq Wannajah buat teman-teman "


Assalamualaikum w.b.t, .. Alhamdulillah kerana kita akan menamatkan semesta ini tidak lama lagi...
Sebelum kita melangkah d]ke dewan peperiksaan, kami Majlis Tertinggi Akedemi Islam ingin mendoakan agar semua para pelajar di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR , mendapat keputusan yang cemerlang berkat usaha yang berterusan ..Insyallah ...

Saturday, 14 September 2013

"Sebagai Renungan Dan Persiapan ke Medan Peperiksaan"

Assalamualaikum, sekeping hadis ada menyatakan :
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :

(( أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ ))

maksudnya : amalan yang disukai oleh Allah s.w.t adalah sedikit tetapi dilazimi amalan itu secara berterusan ataupun istiqamah. 

Oleh itu, sebagai peringatan buat diri dan sahabat-sahabat sekalian amalan sunat seperti qiamunlai, berzikir perbanyakkan selawat sedekah dan banyakkan lagi bukan hanya perlu dilaksanakan ketika kita hanya ingin memohon kepada Allah s.w.t terutamanya, apabila hampir pada minggu-minggu peperiksaan , sebaik-baiknya jika hendak perngabulan doa tanpa hijab, maka lazimilah amalan itu sehingga menjadi kebiasaan... Insyallah kejayaan di genggaman dan keredhan Allah menjadi saksi sebagai ukuran usaha yang dilakukan... " Allahumma Amin..."

Monday, 9 September 2013

" Jom Datang Beramai-Ramai !!!!!"

Assalamualaikum, kepada semua yang membaca... Marilah sama-sama memeriahkan estival Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, anda boleh merujuk disini untuk sebarang kenyataan lanjut..
www.facebook.com/ESTIVAL KUIS

Wednesday, 4 September 2013

" Siapa Sebenar kita sebagai SYABAB ??"

Assalamualaikum w.b.t.. Mari kita bermuhasabah sebentar diri kita,
Adakah kita terlalu taksub mengejar keperluan daripada keutamaan?, sedang saudara seislam kita sedang rancak menghunuskan senjata mempertahankan ISLAM, kita pula asyik leka dibuai cinta yang membinasakan, dalam mengejar segulung ijazah kita hanyut dibuai cita-cita tanpa menghiraukan tangisan mereka yang memerlukan doa sebagai keiltizaman akibat peperangan....

" AYUH TUNJUKKAN PERANAN ANDA SEBAGAI SYABAB INILAH MASA KEBANGKITAN MEMERANGI SEGALA KEMUNGKARAN , MENEGAKKAN KEPEKAAN PANJI-PANJI KEBENARAN "

Wednesday, 21 August 2013

Ucapan Salam Aidilfitri Kami

Sempena Hari Raya Aidilfitri lepas, kami PERMAI telah membuat ucapan Aidilfitri menerusi banner di depan dewan Banquet dan laman sosial Facebook.


Saturday, 13 July 2013

Persatuan-persatuan Di Bawah PERMAI


Persatuan-persatuan di bawah PERMAI ada enam, iaitu:


1. Persatuan Mahasiswa Tahfiz al-Quran (PMTAQ).

- Kini diketuai oleh saudara Ikhtiaruddin. (013-3158442)



2. Persatuan Mahasiswa al-Quran dan as-Sunnah (AL-QUDS).

- Kini diketuai oleh saudara Wafi. (013-2378543)

Logo Al-Quds


3. Persatuan Mahasiswa Dakwah (PERMADA)

- Kini diketuai oleh saudara Hanif. (019-6914691)


Logo PERMADA


4. Persatuan Mahasiswa Usuluddin (PERMASUS).

- Kini diketuai oleh saudara Wan Akhyar (013-6613169)

Logo PERMASUS


5. Persatuan Mahasiswa Syariah (PERMAS).

- Kini diketuai oleh saudara Ikram. (014-8290142)

Logo PERMAS


6. Persatuan Mahasiswa Undang-undang (PMU).

- Kini diketuai oleh saudara Faliq. (013-6461852)


Logo PMU




Tuesday, 2 July 2013

Memori Diskusi Akidah: Bahaya Syiah

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT dengan limpah kurnia, rahmat dan kasih sayang-Nya program yang berjudul 'Diskusi Akidah: Bahaya Syiah' dapat dijalankan dengan lancar dan baik.



Turut serta memeriahkan program ini dan memecahkan keheningan malam ialah Bekas Senator Akademi Islam, iaitu Wan Batdrun selaku Pengerusi Majlis dan digandingkan bersama dengan Senator Akademi Islam terkini, iaitu Syed Hamzi yang mengetuai bacaan doa pada awal majlis.



Seperti yang sedia maklum bahawa program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Alumni Asasi (PALs). Oleh itu, pada kesempatan ini kami warga PERMAI ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga kalian terus sukses..


Sekian sahaja sedikit laporan dan rakaman ucapan daripada kami.
Wassalamu 'alaikum..