Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT dengan limpah kurnia, rahmat dan kasih sayang-Nya program yang berjudul 'Diskusi Akidah: Bahaya Syiah' dapat dijalankan dengan lancar dan baik.
Turut serta memeriahkan program ini dan memecahkan keheningan malam ialah Bekas Senator Akademi Islam, iaitu Wan Batdrun selaku Pengerusi Majlis dan digandingkan bersama dengan Senator Akademi Islam terkini, iaitu Syed Hamzi yang mengetuai bacaan doa pada awal majlis.
Seperti yang sedia maklum bahawa program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Alumni Asasi (PALs). Oleh itu, pada kesempatan ini kami warga PERMAI ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga kalian terus sukses..
Sekian sahaja sedikit laporan dan rakaman ucapan daripada kami.
Wassalamu 'alaikum..
No comments:
Post a Comment