Pada julung kalinya, Persatuan Mahasiswa Akademi Islam (PERMAI) dengan kerjasama Persatuan Alumni Asasi (PALs) KUIS akan mengadakan sebuah program bersama iaitu Diskusi Akidah: Bahaya Syiah.
Tujuan diskusi ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang perkembangan Syiah, menjelaskan tentang perbezaan Syiah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah dan menjelaskan kepada umum mengapa Ahli Sunnah wal Jamaah menolak fahaman Syiah, khususnya di Malaysia.
Oleh itu, semua pelajar dan masyarakat setempat adalah dijemput hadir. Kehadiran anda amatlah dinanti-nantikan..
Wednesday, 26 June 2013
Tuesday, 25 June 2013
Bersederhanalah Wahai Manusia...
Kehidupan memerlukan pengorbanan dan kesungguhan, setiap langkah hidup di bumi Allah tidak akan terlepas daripada penghitungan-Nya. Namun, perjalanan dalam sebuah kehidupan, lebih-lebih lagi di alam sebagai amanah, menjadi pejuang di medan ilmu, kita terlalu rakus untuk mencari kesempurnaan sehingga kepekaan terhadap alam sekeliling diabaikan.
Sesekali kita perlu mengizinkan diri kita untuk melakukan kesilapan sebagai salah satu proses pembelajaran melalui pengalaman... Tetapi perlu diingatkan jika kesalahan yang sama terus diulangi maka kita akan menjadi manusia yang rugi di bumi kepunyaan Allah ini.
" Jangan terlalu rakus mencari kesempurnaan bimbang kita akan terlepas kebaikan yang Allah sembunyikan."

Monday, 24 June 2013
Topeng Percuma Untuk Pelajar KUIS
Isnin-24 Jun 2013
Jerebu teruk telah melanda beberapa negeri iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.
Kawasan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga menerima tempias jerebu yang sama. Namun, di sekitar KUIS keadaan setakat ini masih terkawal.
Topeng (mask) telah diberikan secara percuma kepada para pelajar KUIS. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut serta dalam menyampaikan topeng ini.
Gambar di bawah memperlihatkan Khairuddin, selaku Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sedang mengedarkan topeng.
Thursday, 20 June 2013
Ramadhan Jambatan Ke Syurga Ilahi
Alhamdulillah, beberapa hari lagi kita bakal menempuhi Nisfu Syaaban salah satu lagi hari kebesaran umat Islam, dan juga petanda bahawa Ramadan bakal menyingkap semula tirainya. Namun masihkah Allah S.W.T bakal memberi kita peluang untuk menemui Ramadhan yang barakah?
Oleh itu, marilah kita persiapkan diri dengan segala cara yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba kerana kita tidak akan sesekali terlepas daripada ujian oleh Allah yang Maha Esa.
Oleh itu, bagi menggapai Jannah (syurga) abadi, Ramadanlah permulaannya bagi mentarbiah kehidupan kita pada bulan-bulan yang akan mendatang sentiasa berjalan di atas keredhaan didalam kehidupan penuh kehambaan.
" Menoleh semula kebelakang bagi mencari pengajaran, dan pandanglah terus ke hadapan bagi mencari kejayaan."

Dekan Akademi Islam
Pada kali ini PERMAI berhasrat untuk memperkenalkan orang yang paling penting dalam fakulti Akademi Islam iaitu Dekan.
Sudah seharusnya pelajar-pelajar Akademi Islam mengenali dekan mereka. Jika tidak, dikhuatiri mereka tersilap memanggil dekan dengan panggilan yang tidak sepatutnya, seperti 'abang' atau lain-lain.
Dekan Akademi Islam bagi tahun ini masih ditaklifkan kepada Ustaz Mohd Kamarul Khaidzir bin Saadan.
Foto beliau :

Ustaz Mohd Kamarul Khaidzir bin Saadan (Ustaz Kamarul) |
Thursday, 13 June 2013
Iman Islam Ihsan
Kehidupan perlu diteruskan, semester berganti semester dan semestinya CGPA terbaik adalah impian bagi setiap mahasiswa yang sentiasa ingin memburu kejayaan.
Namun adakalanya kita memerlukan sedikit ruang dan kesempatan yang mengimbas semula apakah sebenarnya tujuan sebagai KHALIFAH jika iman, islam dan ihsan kita abaikan ?? .
Perbanyakkanlah istighfar dan sentiasa berwaspada dengan setiap apa yang kita kerjakan kerana setiap apa yang kita miliki adalah milik Allah yang Esa.

Subscribe to:
Posts (Atom)