Alhamdulillah, beberapa hari lagi kita bakal menempuhi Nisfu Syaaban salah satu lagi hari kebesaran umat Islam, dan juga petanda bahawa Ramadan bakal menyingkap semula tirainya. Namun masihkah Allah S.W.T bakal memberi kita peluang untuk menemui Ramadhan yang barakah?
Oleh itu, marilah kita persiapkan diri dengan segala cara yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba kerana kita tidak akan sesekali terlepas daripada ujian oleh Allah yang Maha Esa.
Oleh itu, bagi menggapai Jannah (syurga) abadi, Ramadanlah permulaannya bagi mentarbiah kehidupan kita pada bulan-bulan yang akan mendatang sentiasa berjalan di atas keredhaan didalam kehidupan penuh kehambaan.
" Menoleh semula kebelakang bagi mencari pengajaran, dan pandanglah terus ke hadapan bagi mencari kejayaan."
No comments:
Post a Comment