Isnin-24 Jun 2013
Jerebu teruk telah melanda beberapa negeri iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.
Kawasan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga menerima tempias jerebu yang sama. Namun, di sekitar KUIS keadaan setakat ini masih terkawal.
Topeng (mask) telah diberikan secara percuma kepada para pelajar KUIS. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut serta dalam menyampaikan topeng ini.
Gambar di bawah memperlihatkan Khairuddin, selaku Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sedang mengedarkan topeng.
No comments:
Post a Comment